Kota Kinabalu adalah pusat bandaraya utama kepada negeri Sabah yang terletak di Borneo.

Saban hari, minggu dan bulan orang datang dari seluruh tempat, bukan sahaja dari tanah semenanjung, tetapi juga dari luar negara.

Ini kerana Sabah memang terkenal dengan destinasi pelancongan menarik dengan pakej yang lengkap seperti Gunung Kinabalu dan pulau-pulau yang indah. 

Pada post kali ini, kami kongsikan kepada anda tips untuk sewa kereta murah di Kota Kinabalu.

Tips sewa kereta murah di Kota Kinabalu

1. Sewa kereta ikut kapasiti penumpang

Anda boleh pilih seberapa banyak pilihan kereta sewa di Kota Kinabalu.

Pendek kata, memang semuanya ada dan tersedia untuk disewa!

Kereta sewa pandu sendiri ini juga berbeza mengikut jenis dan kapasiti penumpang.

Contohnya kereta Axia standard 1.0 cc, harga permulaan RM110/hari.

Jika ambil 3-5 hari, biasanya syarikat kereta sewa akan bagi diskaun sekitar RM90-100/hari mengikut destinasi ke mana kereta hendak dibawa.

OK, berbalik pada tajuk kita, iaitu sewa kereta mengikut kapasiti penumpang.

Sekiranya anda bercuti seramai 4 orang, anda boleh pilih kereta dari jenis kompak atau sedan seperti Perodua Axia, Perodua Bezza, Proton Saga, Toyota Vios dan Honda City.

Tidak perlulah menyewa kenderaan MPV seperti Proton Exora, Perodua Alza, Toyota Avanza dan yang lain-lain.

Ini kerana, harga sewaan kereta semakin mahal mengikut jenis dan kapasiti penumpang.

Kami bagi contoh untuk kereta Proton Exora 1.6 cc Turbo. Harga sehari adalah RM200.

Dan jika anda sewa selama 3-5 hari, kebiasaannya syarikat sewaan kereta ini akan bagi anda diskaun dari RM180/hari.

Tentunya lebih jimat sewa kereta kecil berbanding sewa kereta besar, betul kan?

2. Buat tempahan awal

tips sewa kereta murah di kota kinabalu

Selalunya jika anda sampai ke lapangan terbang Kota Kinabalu (KKIA),

anda pasti akan nampak kedai/booth syarikat kereta sewa sebaik sahaja anda keluar dari mengambil luggage.

 

Syarikat yang menyewa di tapak Airport Kota Kinabalu ini kebiasaanya adalah syarikat besar seperti Avis, Europcar ataupun Hertz.

Syarikat gergasi antarabangsa ini sudah tentu harga sewaan kenderaan agak mahal sedikit berbanding dengan syarikat lokal yang terdapat di Kota Kinabalu.

Ini kerana sudah tentu kedai yang di sewa pada harga yang mahal di Lapangan terbang Kota Kinabalu, sedikit sebanyak juga mempengaruhi harga sewaan kereta mereka.

 

Tips kedua yang kami berikan ini adalah anda cari syarikat kereta sewa yang tidak beroperasi dari Lapangan terbang Kota Kinabalu.

Kedai atau pejabat mereka mungkin terletak berhampiran dengan lapangan terbang atau sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Sudah pasti syarikat ini menawarkan harga yang lebih rendah dari syarikat besar ini!

Anda boleh lawat laman web syarikat kereta sewa ini dan lihat alamat pejabat mereka.

 

Cuma yang kami nasihatkan adalah jika boleh elakkan dari berurusan dengan orang perseorangan atau individu  yang tidak berlesen yang menyewakan kereta mereka sendiri.

Ini kerana, jika terjadi sebarang masalah, pihak individu kebiasaannya tidak bertanggungjawab atau sengaja lari dari masalah yang terjadi dengan perkhidmatan kereta sewa mereka.

Contohnya, kereta pancit, Enjin breakdown, berlaku kemalangan dan sebagainya.

 

Jangan terpedaya dengan harga murah yang mereka tawarkan, tetapi servis tidak seperti yang penyewa kereta harapkan.

Nanti jika kereta yang anda sewa  bermasalah sewaktu percutian atau urusan kerja anda, siapa yang susah?

“Oppsss… 

Sebelum anda teruskan bacaan, anda mungkin berminat juga dengan artikel kami

“25 LOKASI TARIKAN PELANCONG DI KUNDASANG & RANAU”

3. Pastikan kereta dalam keadaan memuaskan semasa ambil kunci.

tips sewa kereta murah di kota kinabalu sabah

Jika anda menyewa kereta di Kota Kinabalu,

kebiasaanya penghantaran adalah percuma ke Airport Kota Kinabalu dan hotel sekitar bandar.

 

Semasa anda mengambil kunci kereta, anda mestilah memastikan kereta yang disewa dalam keadaan baik dan memuaskan.

Maksud kami adalah, periksa setiap ‘inci’ kereta sewa tersebut!

 

Pastikan tayar masih ada bunga dan elok, lihat stiker servis kereta yang terdapat di hadapan cermin pemandu untuk memastikan kereta sentiasa diservis.

 

Pastikan juga setiap kemik/calar di luaran kereta sewa itu dimaklumkan kepada staff yang berurusan dengan anda.

 

Anda tentu tidak mahu dipersalahkan jika kereta itu ada calar dan syarikat kereta sewa meminta anda ganti rugi.

 

Pastikan juga dalaman dan luaran kereta sewa tersebut bersih dan dicuci.

 

Kereta yang selalu diservis dan dijaga dengan baik, pastinya penggunaan minyak juga dapat dijimatkan dan perjalanan lebih lancar.

 

Sila maklumkan kepada staff atau pekerja yang berurusan dengan anda jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai kereta sewa tersebut.

4. Sewa penginapan di Bandar Kota Kinabalu

sewa kereta murah di sabah

Seperti yang disebutkan sebelum ini, penghantaran kereta sewa ke airport Kota Kinabalu dan bandar adalah PERCUMA.

Jika anda menyewa jauh dari bandar, sudah tentu akan ada caj penghantaran dan ambil kereta mengikut jarak dari kawasan bandar.

Contohnya seperti hotel-hotel sekitar 1Borneo dan UMS.

Kalau nak diikutkan, area 1Borneo dan UMS ini masih lagi dekat dengan bandar,

tetapi kebiasaannya memang akan ada caj hantar dan ambil di kawasan ini disebabkan keadaan trafik yang agak sesak.

Begitu juga dengan hotel-hotel sekitar Penampang, Inanam, Sepanggar dan Tuaran.

Caj akan lebih mahal mengikut jarak penghantaran kereta.

Tips dari kami adalah, sewa penginapan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu untuk elakkan anda dikenakan caj hantar dan ambil kereta.

Berikut adalah senarai hotel yang berada dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu:

  1. Hotel Promenade
  2. Hotel Marriot
  3. Hotel Hilton
  4. Hotel Mercury
  5. Hotel Dreamtel
  6. Hotel Grandis
  7. Hotel 7 Suria
  8. Hotel Klagan
  9. Hotel Celyn
  10. Hotel Ming Garden
  11. Hotel Sabah Oriental
  12. Hotel Cititel Express

5. Ambil dan hantar kereta sewa di tempat yang sama.

Ada juga kadang-kadang pelanggan yang menyewa kereta ambil di Kota Kinabalu dan hantar kereta tersebut di Sandakan!

Ini kerana penerbangan pulang mereka adalah dari airport Sandakan, bukan dari airport Kota Kinabalu.

 

 

WOW! Kos akan jadi 2 kali ganda…!

 

 

Ini kerana jarak bandar Sandakan dengan Bandar Kota Kinabalu adalah 206 kilometer menggunakan jalan darat.

Bermakna lebih kurang 4 jam dari Kota Kinabalu.

Anda sudah tentu akan dikenakan caj lebih kilometer dan caj ambil kereta sewa tersebut di Sandakan.

 

Kebiasaannya harga caj lebih kilometer ini berbeza mengikut syarikat. 

Anggaran lebih kurang RM200 hingga RM350 sekali caj.

 

Sama juga dengan caj ambil kereta sewa tersebut di Sandakan. 

Ini terpulang dengan budi bicara pengendali syarikat kereta sewa tersebut.

 

Sama juga dengan Bandar lain seperti Tawau, Lahad datu, Semporna,

jika anda ambil kereta tersebut di Kota Kinabalu dan hantar di bandar lain,

anda pasti akan dikenakan caj lebih kilometer dan caj ambil kereta.

 

 

Tips dari kami, jika anda hendak berjalan-jalan di bandar lain,

contoh bandar Tawau, sewa kereta dari Tawau sahaja ya? Bukan sewa kereta dari Kota Kinabalu.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui whatsapp di bawah

atau buat tempahan kereta sekarang di link di bawah