sewa kereta dan pemandu kota kinabalu

“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, 

Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu….”

Antara lagu yang terkenal di Sabah yang dinyanyikan oleh penyanyi lokal Sabah, Asmin Mudin. Pada post kali ini, kami akan share sedikit sebanyak kereta sewa di Airport KKIA:FREE Pick Up & Return.

 

Gunung kebanggaan rakyat Sabah ini khususnya dan Malaysia umumnya memang terkenal

bukan sahaja dalam negara, tetapi seantero dunia.

Setiap bulan, mesti trip mendaki gunung Kinabalu akan penuh jika tidak ditempah awal.

Untuk korang yang tidak pernah datang ke Sabah, jika plan hendak cuti-cuti di Sabah, korang

boleh saja menggunakan perkhidmatan pakej pelancongan yang banyak disediakan syarikat pelancongan di sini.

Pilihan lain, korang juga boleh menyewa kereta pandu sendiri yang akan dihantar terus ke Airport KKIA atau lebih dikenali juga

dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

kereta sewa kkia airport

Sebenarnya, banyak juga syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa di bandaraya Kota Kinabalu ini.

Korang kena pandai pilih dan bandingkan harga.

Jangan terpedaya dengan harga kereta sewa yang murah,

mungkin kereta sewa itu kereta jenis lama atau kereta yang tidak diselenggara secukupnya.

Keselamatan korang adalah yang paling penting bukan? 🙂

 

Kami di Suza Holidays Sdn Bhd menawarkan pakej Kereta sewa pelbagai jenis seperti kereta kompak, sedan, MPV, SUV dan juga van.

Selain itu, kami juga menawarkan Pakej homestay Kota Kinabalu & homestay Kundasang untuk korang yang nak datang bercuti

bersama keluarga. Jadi tidak perlu lagi pening kepala, korang memang boleh tempah sekali penginapan di Kota Kinabalu dan Kundasang

bersama kereta sewa.

 

Suza Holidays Sdn Bhd (2)

 

Untuk tambahan, kami juga menyediakan pakej pelancongan seperti pakej ke pulau-pulau di Sabah, trip ke Kundasang,

trip ke Semporna dari 1 hingga 4 malam. Pakej kami juga termasuk penginapan di hotel 3 atau 4 bintang,

mengikut bajet dan keperluan korang. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej percutian, korang boleh lawat di cutikinabalu.com

 

 

Suza Holidays Sdn Bhd adalah syarikat bumiputera anak tempatan Sabah yang mana berdaftar

dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Selain itu juga kami adalah ahli MATTA (Malaysia Association of Tour & Travel Agents) dan juga ahli MITA (Malaysia Inbound

Tourism Association).

 

Isi Kandungan:

Kereta Sewa Airport KKIA

Harga kereta sewa Airport KKIA

Tips Sewa kereta di Airport KKIA

Tips percutian di Kota Kinabalu-Kundasang

 

 


Kereta sewa Airport KKIA

 

Jika korang biasa menyewa kereta semasa bercuti atau urusan kerja,

tentunya korang tahu di setiap lapangan terbang mesti ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewaan kereta pandu sendiri.

Begitu juga di lapangan terbang Kota Kinabalu, banyak provider kereta sewa yang boleh didapati sama ada syarikat tempatan

atau syarikat yang sudah bertaraf antarabangsa.

 

Apa perbezaannya?

 

tentulah berbeza dari segi kualiti servis dan harga!

Korang  boleh terus tempah di syarikat ini melalui online atau datang terus ke kaunter mereka.

TIPS : Sila buat tempahan awal jika korang merancang hendak bercuti pada ‘Peak Season‘ iaitu pada cuti sekolah,

cuti hujung tahun dan cuti perayaan. Ini kerana tempahan kereta biasanya akan cepat habis pada waktu-waktu begini.

 

OK! Kita teruskan…

 

Tidak semestinya jika korang nak pick up & return kereta sewa di airport KKIA,

kena sewa dengan syarikat kereta sewa yang beroperasi dari KKIA.

Ini kerana kebanyakan kereta sewa yang pejabat mereka bukan di KKIA pun,

boleh hantar secara percuma ke lapangan terbang. Yang penting kena buat tempahan awal supaya staff mereka dapat menunggu

korang sebaik saja korang tiba.

 

Kami di Suza Holidays juga biasa menghantar dan ambil kereta atau van sewa untuk pelanggan kami yang tiba di airport KKIA.

Sesudah membuat tempahan online atau berurusan melalui whatsapp, pelanggan hanya berikan ‘flight detail’ mereka pada

tarikh tersebut dan staff kami akan menunggu pelanggan di airport kk. Biasanya 10 minit awal dari masa ketibaan supaya pelanggan

tidak menunggu lama.

 

kereta sewa airport kkia
Penyerahan kereta di KKIA

 

Sebelum menyerahkan kereta pada pelanggan, staff kami akan membawa pelanggan untuk memeriksa bersama

kondisi kereta/van yang ingin disewa. Sekiranya terdapat kesan calar pada kenderaan tersebut,

staff kami juga akan maklumkan kepada pelanggan  supaya tidak timbul salah faham nanti selepas penyewaan kereta.

Pelanggan juga boleh memeriksa dan memastikan kenderaan yang disewa tersebut mesti berfungsi dengan baik dan dalam keadaan

yang memuaskan: aircond sejuk, tayar bunga tebal, lampu signal/hadapan & sebagainya.

Setelah berpuashati, pelanggan kami boleh menandatangani perjanjian sewaan kenderaan dan membayar jumlah sewaan kepada

staff kami yang bertugas. Resit pembayaran juga disediakan.

Ops!

Ramai juga yang bertanya, “Payment boleh guna kad kredit ke?”

Tentunya boleh!

Kami menyediakan mesin kad kredit/debit untuk kemudahan semasa urusan pembayaran.

“Cara pembayaran macamana ya?”

Korang boleh membuat pembayaran samada secara tunai, ‘transfer’ ke akaun kami atau gunakan kredit/debit kad.

 


Perlukan van bersama pemandu di Kota Kinabalu, Sabah?

Jom tengok post di bawah….

sewa kereta dan pemandu kota kinabalu

 

SEWA VAN//KERETA DENGAN PEMANDU DI KOTA KINABALU, SABAH


 

Harga Kereta sewa Airport KKIA

harga kereta sewa airport kkia

 

Selalunya mesti ada pelanggan kami rasa kalau menyewa dari Lapangan Terbang ni mesti harganya mahal kan?

Ya la, kan syarikat besar seperti Hertz tu jenama antarabangsa.

mana-mana lapangan terbang seluruh dunia ni pun, mereka ada cawangan!

Tetapi,

ini tidak di Kota Kinabalu!

Harga kereta sewa yang kami tawarkan adalah jauh berbeza dari harga syarikat kereta sewa yang ada di airport KKIA.

Tak percaya?

Jom kita tengok!

  • Perodua Axia 120/hari
  • PeroduaMyvi 160/hari
  • Proton Saga VVT 150/hari
  • PeroduaBezza 150/hari
  • PeroduaAlza 220/hari
  • Proton Exora 230/hari
  • Proton Persona 190/hari
  • Perodua Aruz 270/hari
  • Toyota Avanza 230/hari
  • Toyota Innova 350/hari (Baru)
  • Toyota Innova 300/hari (Lama)
  • Toyota Vios 250/hari
  • Honda City 250/hari
  • Toyota Hilux 380/hari
  • Toyota Fortuner 550/hari
  • Nissan Urvan Highroof 350/hari
  • Toyota Hiace 350/hari
  • Hyundai Starex 500/hari
  • Toyota Camry 650/hari
  • Toyota Alphard 850/hari
  • Vellfire 950/hari

Semua kenderaan di atas adalah transmisi Automatik ya. 😉

Diskaun istimewa untuk sewaan 3 hari ke atas.

Ada juga yang bertanya,

“Kalau masa cuti sekolah atau musim perayaan, harga naik ke atau sama jer?”

Jawapan kami: Sama sahaja!

Tidak ada kenaikan harga pada musim-musim tertentu.

 


 

Tips sewa kereta di Airport KKIA

kereta sewa lapangan terbang kota kinabalu

 

Sebelum korang mula menyewa kereta di Kota Kinabalu,

adalah lebih baik korang baca-betul-betul tips yang kami nak kongsikan ni.

Mungkin korang boleh tahu serba sedikit cara dan panduan yang betul sebelum, semasa dan selepas menyewa kereta.

Jom!

  • Pastikan share ‘Flight Detail’ korang dengan syarikat kereta sewa supaya staff yang hantar kereta nanti tahu jam berapa nak tunggu korang di ariport nanti. Jika penerbangan delay atau terawal, tolong maklumkan juga kepada syarikat tersebut supaya tidak ada masalah yang timbul semasa korang tiba di airport KKIA.
  • Bila dah dapat kereta yang dijanjikan, sila pastikan dan periksa kenderaan tersebut secara teliti. Jika ada sebarang calar atau kemik, sila maklumkan kepada staff yang bertugas. Kita tidak mahu salah faham semasa pemulangan kereta tersebut.
  • Sila pastikan lampu signal, lampu kereta, brek belakang & wiper berfungsi dengan baik.
  • Sila pastikan juga tayar kereta sewa tersebut dalam keadaan yang memuaskan.
  • Sekiranya berpuashati, barulah korang menandatangani perjanjian sewaan kereta dan membuat bayaran.
  • Jika sebarang lampu menyala di panel pemandu, sila maklumkan juga kepada staff bertugas.
  • Sila pastikan kereta yang disewa dalam keadaan bersih pada bahagian luar dan dalam kereta.
  • Sila pastikan lesen pemandu korang tidak tamat tempoh semasa penyewaan.
  • Jika berlaku kerosakan kereta semasa penyewaan, cepat-cepat hubungi syarikat kereta sewa tersebut.
  • Jika berlaku kemalangan juga, orang pertama yang anda hubungi adalah pihak syarikat kereta sewa tersebut.
  • Sila pastikan anda ‘save’ 2 atau 3 nombor telefon pihak pengusaha kereta sewa tersebut. Takut-takut jika berlaku sebarang kecemasan, pihak kereta sewa tidak dapat dihubungi.
  • Sebelum menyewa kereta/van juga, korang mesti rancang betul-betul kereta apa yang hendak disewa. Ini bagi mengelakkan masalah luar jangka berlaku semasa korang terima kereta. Contoh, korang menyewa sebuah kereta MPV Avanza seramai 7 dewasa. 7 dewasa + 7 luggage, memang tidak muat dan selesa untuk MPV kecil seperi Avanza. 🙂
  • Jika jadual penerbangan korang sampai malam di Kota Kinabalu, tanya pihak pengusaha kereta sewa samada ada caj tambahan jika hantar kereta pada waktu malam.
  • Sama juga jika penerbangan anda awal subuh dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu, tanya syarikat kereta sewa tersebut bagaimana cara untuk menyerahkan kereta sewa.
  • Jangan lupa matikan lampu di dalam kereta pada waktu malam. Ini kerana jika korang terlupa menutup lampu, kemungkinan besar bateri akan ‘weak’ pada keesokan harinya, so kereta tidak akan dapat dihidupkan.
  • Jika boleh, minta pengusaha kereta sewa sediakan tiket parking DBKK. So, tidak perlu la korang susah-susah lagi nak beli kan?
  • Selepas penyewaan kereta, semasa nak hantar ke airport Kota Kinabalu, sila pastikan korang tunggu di kereta sewa tersebut sehingga staff syarikat sewaan kereta tu sampai (incase dia datang lambat). Ini bagi mengelakkan korang disaman polis trafik kerana meletak kereta di ruang parking yang tidak dibenarkan.
  • Bagi yang menyewa van highroof, elakkan masuk ke ruang parking shopping mall seperti Imago, Centre Point Kota Kinabalu, Suria Mall, One Borneo Mall dan tempat-tempat yang mempunyai had ketinggian kenderaan.
  • Elakkan terlalu kerap menekan brek semasa menuruni bukit Kundasang. Ini kerana bila kerap menggunakan brek, brek akan menjadi panas dan berbau hangit. Kemungkinan untuk brek tersebut hilang tekanan kerana terlalu panas, boleh menyebabkan kemalangan. Gunakan gear rendah sahaja semasa menuruni bukit.
  • Berhenti di tepi highway KK-Kundasang untuk menikmati pemandangan gunung Kinabalu. Letak kereta di kawasan yang luas. Pastikan keselamatan korang bersama rombongan.
  • Pastikan korang di lorong kiri jika tidak memotong.
  • Jangan memandu terlalu rapat di belakang lori semasa mendaki bukit.
  • Jangan ubah laluan secara mengejut. Ini kerana jalanraya di sini sempit dan kita kena elakkan dari sebarang kemalangan.
  • Pandu dengan berhati-hati kerana jalanraya di Sabah kebanyakan rosak dan berlubang.
  • Jika korang melihat haiwan seperti lembu, kerbau atau kuda hendak melintas jalan, sila beri laluan dan jangan bunyikan hon. Ini kerana kita tidak mahu haiwan  tersebut terkejut dan menendang kenderaan.

 


 

Tips Percutian di Kota Kinabalu-Kundasang

van sewa airport kkia

Tips ni untuk korang yang teringin nak bercuti di Sabah, especially Kota Kinabalu-Kundasang dengan sewa kereta pandu

sendiri dan sewa homestay ya… 🙂

  • Jika korang ingin mencari penginapan di Kota Kinabalu, cari sekitar bandar. Lebih dekat dengan bandar, harga lebih mahal.
  • Jika korang ingin bermalam di Kundasang, kalau boleh cari homestay di Mesilau, udara lebih sejuk dan nyaman.
  • Dalam perjalanan menuju ke Kundasang, ada beberapa tempat yang view memang ohsem! Korang wajib singgah kat Pekan Nabalu, di sana ada anjung tinjau yang memang dikhaskan untuk kita mengambil gambar berlatarbelakangkan gunung Kinabalu.
  • Nak view gunung clear? keluar seawal jam 6-7 pagi di area Desa Cattle. Memang clear habis! nak lagi lawa, pegi Mesilau Golf Club, Perghhhh! gunung tu rasa macam dekat betul dan tak tutup kabus pun… (insyaAllah jika cuaca baik) 🙂
  • Nak makan seafood murah dan sedap? gerai-gerai di Bulatan Todak dibuka seawal jam 5 petang. Kalau musim cuti sekolah, memang meja pun penuh, kena tunggu!
  • Jangan lupa beli kupon parking kereta. Di Kota Kinabalu, jika korang nak parking di tempat awam, mesti ada sediakan kupon parking ni. Banyak di jual di 7 eleven dan pondok-pondok DBKK.
  • Parking kereta di tepi jalan yang luas sekiranya korang nak ambil gambar pemandangan gunung Kinabalu semasa menuju ke Kundasang.
  • Sila hidupkan lampu kereta jika kabus tebal semasa perjalanan ke Kundasang.
  • Berhentikan kereta di tepi jalan dan pasang emergency light sekiranya kabus terlalu tebal dan tidak nampak jalanraya.
  • Semasa menuruni bukit dari Kundasang ke Kota Kinabalu, gunakan gear rendah.
  • Elakkan menekan brek terlalu lama dan berpanjangan. Ini boleh menyebabkan friction brek terlalu panas dan menyebabkan brek kereta tidak berfungsi.
  • Semasa mendaki bukit ke Kundasang, sila ikut lorong kiri jika korang tidak ingin memotong kenderaan di hadapan korang. Bagi peluang kenderaan di belakang korang untuk memotong.
  • Di sepanjang perjalanan ke Kundasang, banyak gerai-gerai yang menjual Sinalau Bakas, iaitu Babi panggang. Bagi yang beragama islam, sila teruskan perjalanan korang… 😉
  • Jika korang merancang ingin menyewa homestay di Kundasang, pastikan laluan kenderaan untuk ke homestay adalah selamat. Ini kerana, dengan keadaan mukabumi yang berbukit di Kundasang, ada beberapa homestay yang terletak di atas bukit dan jalan tu terlalu curam, gayat beb…!
  • Ada juga beberapa homestay di Kundasang yang tempat letak kereta tu terlalu jauh dengan homestay. Ada yang nak kena panjat tangga. Kesian warga emas jika terpaksa naik tangga yang banyak untuk ke homestay.
  • Bagi korang yang ingin BBQ di Kundasang, sila beli barang basah di pasar Kota Kinabalu. Kat Kundasang mahal skit beb, sayur murah lah…! 🙂
  • Untuk korang yang ada anak kecil, korang juga boleh menyewa Babyseat dari pengusaha kereta sewa. So, baby pun selesa la kan nak jalan jauh.
  • Pastikan homestay Kundasang yang korang sewa tu ada menyediakan waterheater ya? air memang sejuk, tak larat nak mandi jika tidak ada waterheater.
  • Di Kota Kinabalu memang banyak terdapat gerai atau restoran yang menyediakan masakan seafood. Pastikan tempat yang korang nak makan tu bersih dan masakan pun sedap. Tengok apa kata pelanggan yang pernah makan di kedai tu di facebook.
  • Pastikan korang jaga beg dan barangan berharga korang semasa di Pasar Filipina dan kawasan sesak. Pencuri memang suka tempat-tempat yang ramai pelancong.

 


 

Bercuti Di Sabah bagi 1st Timer

Untuk korang yang pertama kali ke Sabah,

atau memang tak pernah datang ke sini,

asyik-asyik dengar berita TV1 jam 5 cerita pasal Sabah dan Sarawak ni,

Memang anda kena buat sedikit research atau tanya kawan-kawan/sedara mara/Google serba sedikit selok belok ataupun

pengalaman mereka tempat mana yang best nak bercuti.

 

Of Course,

tempat yang best nak bercuti tentunya adalah di Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna.

3 tempat ni adalah tempat yang paling top dan paling banyak lokasi menarik untuk dilawati.

 

 

tour ke kundasang
Jambatan Tamparuli

 

Seperti contoh,

gambar di atas adalah salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu iaitu Jambatan Tamparuli.

 

Selain itu,

di Kota Kinabalu juga ada pulau-pulau destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi

iaitu Pulau Tunku Abdul Rahman.

 

Selalu juga pelancong tanya kepada kami,

“Pulau apa yang best ya kalau kita nak bercuti di Sabah??”

 

Jawapan kami selalunya,

 

Kami akan tanya ada mereka pertama kali datang bercuti ke Sabah atau dah pernah.

Kalau dah pernah datang ke Kota Kinabalu,

pasti kami akan cadangkan mereka datang melawat pula ke daerah Semporna.

 

Untuk korang yang minat aktiviti air seperti snorkeling dan diving,

kami sangat cadangkan korang buat aktiviti tu di pulau-pulau area Semporna.

 

Bahasa mudahnya,

 

Kalau korang nak bercuti di pulau-pulau di Sabah secara ‘lite’,

Pulau Tunku Abdul Rahman la tempatnya,

Kat Kota Kinabalu saja…

 

Dan jika korang nak bercuti aktiviti lasak, ‘hardcore’ la senang kira,

memang kat Semporna la…

Kat sana mesti korang nampak kat jeti tu sentiasa ada pelancong dan staff pelancongan akan bawa peralatan diving & snorkeling. 😉

 

bercuti di Sabah
View dari Seafest Wing Hotel Semporna

 


Artikel berkaitan:

  1. Van sewa Kota Kinabalu: Harga & Jenis
  2. Kereta sewa di Sabah Kota Kinabalu: Murah & Bajet

 

Untuk segala keperluan kereta dan van sewa di Sabah, semestinya di suzacarrental.com

 

 

 

Ikhlas dari saya,

kota kinabalu car rental

Rafail Razak

CEO Suza Holidays Sdn Bhd

KPK//LN 8716

 

Facebook : Rafail Razak

Facebook Page : Suza Kereta Sewa Kota Kinabalu