sewa van dengan pemandu kota kinabalu

Horreeyyy..!!!

Selaras dengan pengumuman dari kerajaan bahawa sempadan negara telah dibuka pada 1 April yang lalu,

pasti ramai pelancong dari dalam dan luar negara datang ke Sabah,

especially Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna.

Sekali lagi, kita akan menyaksikan ‘kebanjiran’ pelancong di tempat-tempat menarik di sekitar negeri

di bawah bayu ini.

Pada post kali ini, kami akan share kepada korang post yang menarik juga

iaitu sewa van atau kereta dengan pemandu/driver di Sabah, Kota Kinabalu.

 

Jika korang datang ke Sabah, lebih-lebih lagi yang ‘1st timer’,

Ada juga yang bertanya kepada kami mengenai pengangkutan awam seperti bas, van, LRT, keretapi dan Grabcar.

Di Sabah, especially Kota Kinabalu,

memang tidak ada kemudahan pengangkutan awam secanggih seperti di semenanjung.

Untuk korang yang nak jalan-jalan ke sini,

kami cadangkan sama ada sewa kereta pandu sendiri atau dengan pemandu lebih praktikal!

Ini kerana, jarak tempat menarik seperti di Kundasang, Tuaran, Kota Belud, Kudat bukanlah dekat.

Bayangkan,

jarak dari Kota Kinabalu ke Tawau boleh mengambil masa hingga 12 jam perjalanan…!

 

sewa kereta pemandu kota kinabalu
Selfie driver dan guest kami dari Johor

 

Jika anda naik grab, caj yang dikenakan pastinya mahal.

Untuk yang nak jalan-jalan sekitar bandar Kota Kinabalu, boleh la guna Grab car atau Maxim.

Tetapi sebagai contoh jika korang nak ke Kundasang menaiki grab, konfom mahal beb!

Sebab tu pelancong lebih suka drive sendiri kereta yang diorang sewa atau sewa terus dengan pemandu,

lebih jimat dan mudah!

 

Banyak je option sebenarnya kalau nak jalan-jalan di Sabah ni,

Kalau nak santai, sewa kereta/MPV/Van dan drive sendiri.

Kalau nak rilex sikit, minta orang yang pandukan, ala- ala tour gitu la.

 

sewa kereta dengan driver sabah
Driver yang pandai ambil Gambar pun penting tau…! 😉

 

Jika korang nak cari sewa kereta atau van bersama pemandu di Kota Kinabalu,

Kami cadangkan ambil kenderaan dari syarikat yang berdaftar dengan MOTAC.

Ini kerana, jika terjadi sebarang masalah sepanjang trip korang,

Mereka tahu jalan penyelesaian yang terbaik untuk korang.

Bukan kami katakan yang kenderaan persendirian tu tidak menyelesaikan masalah sekiranya ada apa-apa,

cuma lebih ‘secure’ bila korang berurusan dengan syarikat yang berlesen dan berpengalaman.

 

Pernah terjadi,

Kami mendapat panggilan emergency lewat malam dari customer,

Katanya mereka baru sampai airport,

tapi kenderaan yang dijanjikan tak kunjung tiba, walhal bayaran separuh telah diberikan kepada orang persendirian tersebut.

Alamak!

Memang tak dapat nak tolong disebabkan time tu memang ‘Peak season’ semua kereta sewa pun dah habis disewakan.

Memang hamba Allah tu terpaksa sewa grab ke hotel dan duduk dulu di hotel

untuk selesaikan masalah tersebut.

Ramai pula tu, lebih 20 orang termasuk warga emas dan kanak-kanak!

Sedih dengar cerita akak tu….hu hu hu … ???

 

Ada lagi 1 kes,

Penyewa tu tempah kereta sewa MPV,

Sekali sampai di airport Kota Kinabalu diberikan kereta sedan,

alasan kereta tu je ada untuk tarikh tu, memang tak muat dengan 5 orang dewasa,

badan semua saiz XXL beserta luggage.

Akak tu dengan anak dia terpaksa buat 2 trip dari airport Kota Kinabalu ke hotel untuk angkut anak-anak dia sekali luggage

lagi haru, rosak plan nak bercuti…! ???

 

Ok kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kereta sewa di Kota Kinabalu, tengok post yang ni: ??????

{2022} Kereta Sewa Airport KKIA: FREE Pick Up & Return

 

Jom kita tengok bagaimana van/kereta sewa dengan pemandu di Kota Kinabalu beroperasi!

 

Korang yang nak santai dan rilex sepanjang percutian di sini,

Korang bolehlah tempah sewa kereta sekali driver untuk bawa korang dan family jalan-jalan.

Biasanya harga mengikut lokasi dan jumlah penumpang.

 

kereta sewa kota kinabalu
Driver juga kena tau PORT bergambar paling MANTAP…!

 

Jika sewa van dengan pemandu,

caj yang biasanya dikenakan adalah dari RM 550-650/hari termasuk minyak van tersebut.

Jika kenderaan MPV pula, seperti Exora dan Avanza, caj sekitar RM 450-500/hari.

Bagi kenderaan besar sedikit sperti Innova, caj RM 500-600//hari.

Harga ini adalah harga pemandu dengan kenderaan ke sekitar Kundasang-Ranau, Kudat, Kota Belud dan tempat lawatan yang lain yang tidak melebihi 200 kilometer.

Pendek kata, lagi besar kenderaan yang digunakan atau lebih mewah,

harga tentunya akan mahal sedikit.

Begitu juga sebaliknya. Jika korang hanya sewa bezza/saga dengan pemandu, murah la sikit.

Tengok bajet korang macamana ya…

 

Pemandu AUTO jadi jurugambar… 😉

 

Tapi pastikan kereta/van yang akan disewa mestilah selesa, selamat dan yang lebih penting

syarikat berdaftar dengan MOTAC/Kementerian Pelancongan.

 

Oh ya, untuk  tour yang perlukan bermalam di Kundasang atau kawasan luar dari Kota Kinabalu,

Caj penginapan untuk driver akan di kenakan sebanyak RM80-100/malam.

 

Biasanya untuk tour atau trip ke Kota Kinabalu dan Kundasang,

Pemandu dah tahu tempat-tempat menarik yang menjadi kunjungan pelancong.

Pemandu/driver yang berpengalaman dah tahu susunan jadual atau itinerary tempat yang mana yang patut korang kunjungi dahulu.

Contohnya, jika korang baru nak start trip ke Kundasang hari ini,

pemandu akan bawa dulu korang ke Rumah Terbalik sebelum melawat Jambatan Tamparuli.

Ini kerana,

Rumah Terbalik terletak sebelum Jambatan Tamparuli.

So,

tidak la driver kena patah balik ke Rumah Terbalik  jika dia bawa korang ke Jambatan Tamparuli dulu.

Driver juga pandai mengatur jadual lawatan mengikut situasi semasa di tempat-tempat lawatan.

Contohnya, jika Rumah Terbalik tu ramai dan penuh sesak dengan pelancong,

driver akan bawa ke tempat lawatan yang lain dulu untuk mengurangkan kesesakan tersebut.

Lagipun pemandu ni memang banyak ‘linkdriver-driver lain,

mereka akan sentiasa berhubung semasa trip untuk mengetahui keadaan semasa di tempat lawatan yang bakal mereka bawa.

 

sewa kereta dengan driver kota kinabalu
Cantik kan view ni?

 

OK, jom kita tengok itinerary simple selama 4 hari 3 malam ni ya?

??????????

⛱️Hari Pertama

 

?Pick at Kota Kinabalu International Airport (KKIA) /Hotel

?Eat/Prayer/Shopping basic necessities

?Rumah Terbalik

?Jambatan Tamparuli

?Pekan Nabalu

?Kinabalu National Park

?Check in Hotel/Homestay

 

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

 

⛱️Hari Kedua

 

?⛅Check out Hotel/Homestay

?Desa Cattle Dairy Farm

?War Memorial

?Arnab Village

?Fishspa Tagal Luanti/Kg Marakau

?Sabah Tea

?Poring Hot spring

?Kundasang Market Fruit Stall

?Back to Kota Kinabalu

?Check in Hotel/Homestay

 

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

 

⛱️Hari Ketiga

 

?Tunku Abdul Rahman National Park (Manukan/Sapi Island)

?Phillipino Market/Kraftangan Market

?Dried Fish Market/Frozen Seafood Market

?Jamilah Jewelery

?Cocoa Kingdom Kota Kinabalu

?Tanjung Aru Beach

?Todak Waterfront Hawker Center – Seafood Stall

?Check in Hotel/Homestay

 

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

 

 

⛱️Hari Keempat

 

?⛅Check out Hotel/Homestay

?The floating Mosque/Masjid Bandaraya

?Yayasan Sabah

?Signal Hill Observatory Tower

?State Museum

?Cake Lapis Sarawak Factory

?Free & Easy

?Transfer to Airport/Hotel

???????????

 

Ni itinerary cadangan ya,

Korang boleh ikut atau ubahsuai sendiri ikut citarasa korang.

Lokasi pelancongan di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang ni memang banyak dan ada yang baru pun banyak,

so kena la buat research sikit ya… 😉

 

Perlukan Pakej Percutian di Kota Kinabalu-Kundasang? Klik link di bawah??????

Pakej Percutian Kota Kinabalu-Kundasang

 

sewa kereta dengan driver sabah
Posing di Desa Cattle Dairy Farm

Oh ya,

Ada juga yang bertanya,

Harga driver dengan kereta sewa ni mahal la bang, diorang cakap ada yang murah sikit, dalam 250/hari…!

Hermmmmm, konfius juga la sekejap.

Jangan terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan,

Mungkin boleh jadi van tersebut dalam keadaan uzur, tidak selesa dan selamat.

Kami percaya, korang bukanlah mudah tertipu bila ditawarkan dengan harga yang murah.

Lagipun, selepas PKP yang melanda negara kita ni, semua barang boleh dikatakan naik harga,

termasuklah juga barang part kereta.

Naik hampir atau lebih 50% dari harga sebelumnya. Minyak servis turut tidak ketinggalan dari naik harga.

 

Lagi satu, kalau nak tahu jalan kat Sabah ni memang tak sama langsung dengan highway kat semenanjung.

memang jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan highway di semenanjug.

TIdak salah bila kami katakan, ketinggalan 20 tahun…! ???

Jalan berlubang tu biasa, seperti jalan ke bulan…!

 

Lebih-lebih lagi jalan menghala ke Kundasang,

jalan berliku dan berbukit, dilalui oleh semua jenis kenderaan berat dan ringan.

 

Tidak heran la, part kereta seperti brek, absorber dan kaki-kaki di bawah kenderaan akan cepat rosak.

Jika musim cuti sekolah atau peak season, brekpad kereta tu tidak sampai sebulan,

memang kena tukar dah lepas tu…

sebab apa?

Sebab hari-hari kenderaan disewa huhuhu

 

Oh ya!

Ramai juga yang tanya, bagaimana nak buat tempahan kereta/van sekali driver ni ya?

1st sekali,

memang korang kena whatsapp dengan pengusaha kereta sewa atau ejen syarikat pelancongan tersebut.

Sebab biasanya jika korang emel, korang tidak akan dapat gambaran penuh bagaimana proses tempahan berlaku.

Kan senang whatsapp, lebih cepat dan mudah..!

Bagi itinerary dan minta harga untuk sepanjang trip/tour korang tu.

Biasanya pick up dan return tu percuma la di airport kota kinabalu jika anda buat tempahan awal.

Lagi satu, tanya juga jika syarikat berkenaan boleh ambil korang dan family jika sampai lewat malam di airport.

Ye la,

kadang-kadang penerbangan delay, so terpaksa la juga sampai lewat dari yang dijadualkan.

 

Lagi 1, jika korang nak pakej lengkap sekali penginapan,

Ada juga syarikat pelancongan yang boleh menyediakan pakej tersebut.

Pakej penginapan di Hotel atau di Homestay, korang sendiri yang tentukan.

Tidak la pening nak sewa penginapan dan kereta/van dari syarikat yang berlainan.

 

Jom kita tengok hotel yang recommended di tengah bandar Kota Kinabalu.

 

  1. Promenade Hotel
  2. Marriot Hotel
  3. Le Meridian Hotel
  4. Hyatt Hotel
  5. Celyn CIty Hotel
  6. KK Waterfront Hotel
  7. Kinabalu Daya Hotel
  8. Mercure Hotel
  9. Horizon Hotel
  10. Sixty Hotel
  11. Raia Hotel
  12. Ocenia Hotel
  13. Capital Hotel
  14. Dreamtel Hotel
  15. 7 Suria Hotel
  16. Grandis Hotel
  17. C’Haya Hotel
  18. Shangrila Hotel
  19. Ming Garden Hotel
  20. Winner Hotel
  21. TD Plaza Hotel
  22. Cititel Express Kota Kinabalu
  23. Tang Dynasty Park Hotel
  24. The Palace Hotel
  25. Mandarin Hotel

 

Bagi yang perlukan perkhidmatan homestay,

Marina Court Condominium memang tidak asing lagi kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu, berdekatan waterfront.

Korang boleh juga cuba menginap di Promenade Service Apartment yang terletak di belakang Marina Court tu sendiri.

Harga sewaan dari 350/malam hingga 450/malam.

Selain itu, di Sutera Avenue juga ada homestay yang boleh juga disewa.

Yang paling best di Sutera Avenue ini adalah swimming pool yang terletak di tingkat atas bangunan.

Mandi time sunset memang cantik..!

 

Bagi yang perlukan homestay yang lebih bajet,

korang boleh cari homestay di area airport seperti Cybercity atau di kawasan 1Borneo dan UMS.

 

Apa yang penting,

jika korang nak cari kereta sewa bersama pemandu di Kota Kinabalu,

Pemandu tu mestilah Rajin, Tidak Berkira, Berpengalaman, sentiasa tepati waktu dan Prihatin.

Pemandu tidak meminta TIPS untuk layanan mereka,

Tapi jika korang berpuashati dengan layanan dan servis yang diberikan,

Apa salahnya memberi sedikit Tips kepada mereka?

Memberi tu kan lebih bagus dari yang menerima…

“Tangan di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah…”

 

Jom kita enjoy video bekas pelanggan kami ya? 😉