Sabah, memang terkenal dengan destinasi pelancongan menarik di Borneo.

Dengan pakej lengkap gunung Kinabalu dan Pulau-pulau yang menarik serta bersih,

Sabah adalah lokasi WAJIB yang anda sekeluarga mesti kunjungi!

Bandaraya Kota Kinabalu adalah bandar utama di Sabah yang mana menerima kunjungan pelancong saban hari dari dalam dan luar negara.

Pada post kali ini, kami ingin menceritakan serba sedikit mengenai sewaan van di Kota Kinabalu samada sewaan van pandu sendiri atau dengan pemandu.

 

Isi Kandungan

Van sewa Nissan Urvan NV350

Van sewa Toyota Hiace

Sewa kereta mpv Kota Kinabalu

Lokasi van yang tidak dibenarkan masuk

Tips sewa van di Kota Kinabalu & Kundasang

Q&A berkaitan van sewa di Sabah

Lokasi menarik di Kota Kinabalu

Lokasi menarik di Kundasang

van sewa kota kinabalu dengan pemandu

Ada 2 jenis van yang popular dan yang sentiasa dijadikan van sewa di Kota Kinabalu, Sabah.

  1. Nissan Urvan 350
  2. Toyota Hiace

Kedua-duanya memilik perbezaan yang ketara juga!

 

Jom kita tengok perbezaannya…!

 

Van sewa Nissan Urvan NV350

Van 14 seater keluaran Nissan ini memang kuat dan bergaya dengan keupayaan enjin 2.5cc.

14 tempat duduk termasuk pemandu ini selesa digunakan bila anda ingin bercuti bersama keluarga besar anda.

Tapi anda mesti ingat, van jenis highroof ni memang TIDAK BOLEH/DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk masuk ke shopping mall.

Ini kerana,

Shopping mall meletakkan had ketinggian kenderaan untuk masuk ke ruang parking mereka!

KONFOM SANGKUT!

VAN ROSAK!

Penghantaran PERCUMA ke airport Kota Kinabalu dan hotel sekitar bandar.

Oh ya! ada juga yang bertanya,

“van boleh start sewa dari Kundasang tak?”

Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya semua pelancong akan ambil van dan apa jua jenis kereta sewa di Kota Kinabalu.

Ambil di Kota Kinabalu, return juga di Kota Kinabalu.

Kalau anda ambil van di Kundasang, caj penghantaran akan naik berganda.

Ada juga yang bertanya,

“Boleh tak kami ambil van di airport Kota Kinabalu dan pulangkan semula di airport Tawau?”

Jawapannya memang boleh!

Cuma jika anda sanggup membayar caj yang mahal!

Ini kerana, jarak antara Lapangan terbang Kota Kinabalu dan Tawau sangat jauh sehingga mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk sampai ke sana.

van sewa kkia
Ruang memandu van NV350

 


“Ada bayaran ke kalau hantar ke airoprt Kota Kinabalu?”

“Nak sewa kereta perlukan Deposit?”

“Syarikat ni berdaftar ke?”

“Bagaimana jika berlaku kemalangan semasa penyewaan?”

“Bagaimana nak buat tempahan?”

“Kena tempah awal ke?”

“Ada diskaun ke?”

Anda perlukan jawapan bagi soalan di atas?

Jom ke link ni >>> Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah <<<


Van sewa Toyota Hiace

 

sewa van sabah

Jenama kereta yang memang tidak asing lagi bagi kita rakyat malaysia,

Toyota setakat tahun 2017 telah mengeluarkan banyak Hiace van Highroof yang mana produksinya telah dihentikan setakat ini.

Harap-harap la Toyota ni  keluarkan van dengan auto transmission!

Sebab ramai juga pelanggan yang masih tidak tahu samada van ini Auto atau Manual.

Hiace ini hanya 10 seater sahaja.

sewa van dan pemandu kota kinabalu

Tetapi seater ini bagi kami sangat istimewa bagi sebuah van kerana seater van ini single dan ada headrest. 

Memang selesa untuk trip perjalanan jauh seperti trip ke Kundasang.

Dengan keupayaan enjin 2.8 cc,

tentunya van sewa ini memudahkan percutian anda di Kota Kinabalu!

Penghantaran adalah PERCUMA juga ke airport Kota Kinabalu dan hotel sekitar bandar.

Oh ya!

Bagi penyewaan van ini, pemandu mestilah juga biasa memandu van yang besar dan panjang ini. 

Terutamanya di keadaan jalan sempit, parking yang tidak luas, jalan yang berbukit dan berliku, pemanduan van akan menjadi sedikit sukar jika dibandingkan dengan kereta biasa yang lain.

 

Ramai juga yang bertanya dan minta pendapat sama ada mereka yang ingin datang ke Kota Kinabalu ni sesuai sewa MPV atau sewa van atau sewa bas terus?!

Jom kita kupas!


Jom tengok harga kereta sewa di Kota Kinabalu!


Sewa kereta MPV Kota Kinabalu

 

sewa van sabah

Terdapat banyak jenis sewa kereta jenis mpv di Kota Kinabalu,

antaranya adalah:

  1. Perodua Alza
  2. Perodua Aruz
  3. Proton Exora
  4. Toyota Avanza
  5. Toyota Innova
  6. Hyundai Starex
  7. Toyota Alphard (Kategori Mewah)
  8. Toyota Vellfire (Kategori Mewah)

Untuk sewaan kereta mpv ni, korang mesti ‘pandai bajet’ mpv mana yang sesuai dengan keluarga atau rombongan korang!

Takkan nak sewa alza, tapi datang ke Kota Kinabalu 7 orang! memang tak muat.. luggage nak letak mana? 

Haaa..! satu benda yang selalu pelanggan kami lupa adalah luggage!

contohnya, nak sewa kereta avanza, 

memang sesuai untuk 7 orang sebab ada 7 seater,

tapi kalau sekali luggage memang sesak dan sempit, 

tidak selesa untuk trip korang nanti…

Biasanya untuk 7 orang dewasa sekali luggage, memang kena sewa MPV Hyundai Starex, 

sebab lebih luas dan ada 9 seater.

Satu tips lagi!

Jika anda ingin menyewa kereta exora di Kota Kinabalu,

pastikan kereta sewa tersebut adalah Exora Bold iaitu Exora 1.6cc dengan Turbo,

Jika tidak,

alamat susah nak naik bukit!

sewa mpv kota kinabalu
Proton Exora 1.6 Turbo

Secara peribadi, kereta mpv ‘fevret’ saya jika hendak bercuti di Kundasang,

saya akan memilih kereta mpv jenis Toyota Innova.

Dengan kapasiti enjin 2.0 cc, memang sangat mudah mendaki bukit di Kundasang.

Selain luas, tinggi dan selesa, mpv ini juga bergaya dengan rekabentuk terbaru yang menarik!

sewa mpv di kota kinabalu sabah

sewa van di kota kinabalu sabah
Ruang belakang Innova

 


Lokasi van yang tidak dibenarkan masuk

Bukan semua tempat van highroof NV350 dan Hiace ni boleh masuk ya.

Ini disebabkan van yang ada bumbung tinggi, sesetengah parking kat pasaraya atau tempat tinggal ada had limit ketinggian kenderaan.

Jom kita tengok!

  1. Suria Mall
  2. Imago Shopping Mall
  3. 1Borneo Shooping Mall
  4. ITCC Shoppping Mall
  5. Centre Point Shopping Mall
  6. Ruang Parking Bawah Api-Api Apartment
  7. Ruang Parking Bawah Marina Court
  8. Karamunsing Complex
  9. Oceanus Waterfront Mall
  10. Wisma Merdeka

 


 

Tips sewa van di Kota Kinabalu-Kundasang

Van sewa Kota Kinabalu sabah

Ramai juga yang tanya.

“Susah ke bawa van?”

“Bawa van sama ke dengan kereta biasa?”

“Saya nak van auto, ada tak?”

Bagi kami, pandu van ni amat berbeza dengan pandu kereta biasa atau MPV.

Ini kerana, saiz van yang panjang dan lebar tentunya amat sukar sedikit untuk dipandu terutamanya jika hendak memotong, 

jalan berbukit dan bila hendak mencari tempat parking.

Di sini kami kongsikan serba sedikit tips untuk anda yang merancang untuk menyewa van di Kota Kinabalu.

 

  1. Sebelum menyewa van, tanya syarikat van sewa tersebut van berapa seater yang available untuk disewa. Ini untuk memudahkan korang plan nak sewa van 10 atau 14 seater.
  2. Jika ada 14 orang dewasa, memang sesuai sewa van 14 seater. Tapi korang harus ingat, jika sekali luggage, memang van akan sempit dan tidak selesa. Cadangan kami ambil 2 van atau sewa lagi 1 kereta kecil.
  3. Periksa semua tayar van. Pastikan semua tayar berbunga dan masih dalam keadaan yang memuaskan.
  4. Periksa juga tayar spare dan peralatan membuka tayar terdapat di dalam van tersebut.
  5. Periksa aircond depan dan belakang berfungsi dengan baik dan sejuk.
  6. Ketika mengisi minyak kenderaan, pastikan korang mengisi dengan minyak diesel.
  7. Semasa memandu van, elakkan belok van secara mengejut. Ini kerana van mudah terbalik kerana fizikal van yang tinggi.
  8. Semasa menuruni bukit, elakkan menekan brek berpanjangan. Ini kerana brek van boleh menjadi terlalu panas kerana friction. Bila brek terlalu panas dan berbau, boleh mengakibatkan brek tidak berfungsi, jammed atau meletup. Gunakan gear rendah dengan betul dan tekan brek secara berulangkali, bukannya berpanjangan menekan brek.
  9. Ketika kabus tebal, berhenti di tepi jalan dan luas serta pasang emergency light.
  10. Ketika kabus juga, pastikan korang pasang lampu van dan memandu perlahan-lahan.
  11. Ketika hendak parking, minta teman atau ahli keluarga untuk menolong korang melihat samada van diletakkan secara betul atau tidak di ruang parking.
  12. Pastikan bawa barang berharga jika korang turun dari van. Ini bagi mengelakkan van dipecah masuk jika perompak melihat barang berharga yang terdapat di dalam van.
  13. Jangan lupa menutup lampu di dalam van ketika turun. Ini bagi mengelakkan bateri van ‘weak’ pada keesokan pagi.
  14. Pastikan sebelum menutup pintu tengah van, tangan atau jari penumpang tidak diletakkan berdekatan pintu tersebut. Ada kes yang pelanggan kami sebelum ni, patah jari beb, terkepit kat pintu! ngeri…!

 

Untuk lebih Tips sewa kereta murah di Kota Kinabalu, jom baca di sini…

 


Q&A berkaitan van sewa di Sabah 

Terlalu banyak soalan yang diajukan kepada kami berkaitan sewaan van,

so,

kami simpulkan semua soalan dan jawapan kat bawah ni ya? 🙂

 

Soalan 1:

“Bang, Sewa van nak kena pakai lesen PSV ke?”

Jawapan:

Tidak Perlu. Gunakan lesen biasa sahaja.

 

Soalan 2:

“Boleh bawa van ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna & Tawau?”

Jawapan:

Ya Boleh. Ada caj luar kawasan untuk semua tempat tersebut.

 

Soalan 3:

“Harga terbaru van sewa utnutk tahun 2022?”

Jawapan:

RM330/hari. Sewaan 3 hari ke atas ada diskaun istimewa.

 

Soalan 4:

“van boleh bawa masuk mall tak?”

Jawapan:

Tidak. Kecuali van urvan yang bukan highroof.

 

Soalan 5:

“Van berapa seater yang selalu orang sewa?”

Jawapan:

Di Kota Kinabalu biasanya van yang ada 10 dan 14 seater sahaja.

 

Soalan 6:

“Van boleh pick up di Airport dan hotel? ada caj?”

Jawapan:

Ya boleh. Percuma sahaja. Kecuali hotel yang luar kawasan bandar Kota Kinabalu, ada bayaran.

 

Soalan 7:

“Sekiranya van breakdown, boleh ganti dengan van lain?”

Jawapan:

Ya boleh. Kami akan gantikan dengan van yang lain.

 


 

Lokasi Menarik di Kota Kinabalu

OK! Sekarang dah tau semuanya mengenai van sewa di Kota Kinabalu kan?

Sekarang jom kita tengok tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati menggunakan van sewa tersebut!

  1. Lokawi Wildlife Park
  2. Muzium Negeri Sabah
  3. Masjid Negeri Sabah
  4. Masjid Bandaraya Likas
  5. Kokol Hill
  6. Pantai Tanjung Aru
  7. Pasar Malam Sinsuran
  8. Pasar Filipina
  9. Kiulu Water Rafting
  10. Sabandar Cowboy Town
  11. Rumah Terbalik Tamparuli
  12. Signal Hill Obervatory Platform
  13. Monsopiad Cultural Village
  14. Mari-Mari Cultural Village
  15. Cocoa Kingdom (Kilang Coklat)
  16. Bulatan Todak
  17. Salut Perdana

 


 

Lokasi Menarik di Kundasang & Ranau

OK! Jom kita tengok lokasi menarik di Kundasang pula.

  1. Desa Dairy Farm
  2. War Memorial 
  3. Kinabalu Park
  4. Gerai Sayur dan Buah Kundasang
  5. Alpaca Farm
  6. Mesilau Cat’s Village
  7. Mesilau Nature Park
  8. Poring Hotspring
  9. Fishspa Luanti
  10. Fishspa Marakau
  11. Jic Seng Nursery
  12. Rabbit Farm
  13. Strawberry Farm
  14. Paragliding Ranau
  15. ATV Kundasang

 


 

Ramai yang bertanya,

“Kalau nak sewa van di Kota Kinabalu, perlu buat tempahan awal ke?”

Bagi kami,

memang kena buat tempahan awal, lagi-lagi pada musim cuti sekolah!

lagi bagus seawal 2-3 bulan.

Sebab apa?

Sebab Sabah ni memang lokasi pelancongan yang paling HOT di Malaysia,

bukan sahaja pelancong dalam negara, 

pelancong luar negara pun memang sangat ramai datang ke Sabah!

So, tempahan van memang sangat laris.

Oh ya! 

Apa nak buat jika van sudah habis ditempah?

Kami bagi pilihan, 

sama ada sewa 2-3 mpv ikut kesesuaian jumlah pelancong.

Selamat Bercuti…! 🙂


Perlukan sebut harga?
Whatsapp Kami Sekarang!
sewa van kundasang