HORREY…! ?
Dengan masuknya kita ke fasa endemik ini,
Semuanya kembali normal dan seperti dahulu.
Begitu juga servis sewa kereta di Kota Kinabalu, memang meriah!
Sewaktu perdana menteri kita mengumumkan bahawa kita sudah di dalam fasa terakhir pemulihan negara,
sektor pelancongan telah dibuka semula seperti biasa.
Kunjungan pelancong terutamanya dari dalam negara memang sangat menggalakkan! ???
Ada saja tour dan trip ke Kundasang dan juga Semporna, memang orang dah tak nak duk rumah dah…!
Tidak lupa juga pelancong yang hanya Sewa kereta pandu sendiri di Kota Kinabalu, sambutan memang sangat galak dan rancaaaak!
Bayangkan, dah sampai airport Kota Kinabalu pada cuti hari raya,
baru nak call cari kereta sewa,
memang tak akan ada yang kosong..!
gerenti punya…!
Maafkan saya jika statement kat atas dengar macam melebih-lebih,
Tapi itu la hakikatnya jika korang lambat membuat tempahan sewa kereta pada cuti hari perayaan
atau cuti penggal sekolah di Kota Kinabalu, Sabah. ?
SO,
Jom kita tengok kereta apa yang selalu disewa atau kereta yang ‘HOT’,
selalu cepat habis untuk disewa di Kota Kinabalu, Sabah.
ISI KANDUNGAN
Sewa Axia Kota Kinabalu
Ni antara kereta yang paling ‘HOT’ dan selalu disewa di Sabah, Kota Kinabalu.
Ini kerana saiznya yang kecil dan kompak,
senang untuk dipandu jika korang hanya berdua atau 3 orang dengan backpack.
Tambahan pula,
harganya yang murah & bajet menyebabkan Axia menjadi pilihan ramai untuk disewa.
Lagipun harga sewa kereta axia ni adalah paling murah jika dibandingkan dengan kereta-kereta yang lain.
Harga sewaan kereta Perodua Axia di Kota Kinabalu ini adalah 120/hari.
110/hari untuk sewaan 3-4 hari
100/hari untuk sewaan 5-6 hari
95/hari untuk sewaan 7- 8 hari
665/seminggu
Diingatkan bagi korang yang ingin menyewa axia,
4 orang dewasa beserta luggage,
adalah sangat tidak sesuai untuk menggunakan kenderaan ini.
Ini kerana axia ini tidak mampu untuk naik bukit jika muatan terlampau berat.
Untuk perjalanan jarak jauh pula,
jika kereta axia yang korang sewa ni dibawa ke lokasi yang jauh,
2-3 jam perjalanan ke atas, memang sangat tidak selesa, sakit badan…!
Al maklum la,
kat Sabah ni kan terkenal dengan highway Extreme yang berbukit bukau seperti highway ke Kundasang dan Kimanis.
Silap-silap haribulan,
boleh mengundang kecelakaan di atas jalanraya pula!
Jangan kerana ingin jimat duit, tapi nyawa yang melayang…
Safety first guys..!
Sewa Myvi Kota Kinabalu
Kereta kompak berkeupayaan 1.3 cc ini juga
menjadi rebutan bagi pelancong atau mereka yang ada urusan kerja untuk disewa.
Ruang interior yang lebih besar sedikit daripada axia ini
menjadikan kereta ini sering disewa dan dipakai di Kota Kinabalu.
Lebih-lebih lagi enjin 1.3 cc & 1.5 cc di kereta ini,
mampu membawa korang jalan-jalan di Kundasang atau kawasan yang berbukit.
Parking pun senang…! ?
Jom kita tengok harga Myvi ni…
Harga sewaan kereta Perodua Myvi di Kota Kinabalu ini adalah 150/hari bagi 1.3 cc.
140/hari untuk sewaan 3-4 hari
130/hari untuk sewaan 5-6 hari
110/hari untuk sewaan 7- 8 hari
770/seminggu
Sangat sesuai untuk disewa oleh keluarga kecil seperti 2 dewasa & 1 atau 2 kanak-kanak.
Sewa Bezza Kota Kinabalu
Sewa kereta di Kota Kinabalu jenis Perodua Bezza ni pun apa kurangnya,
memang sering ‘laku keras’! ?
Permintaan sangat tinggi bagi kereta sewa jenis sedan ini.
Ini adalah kerana ruang letak barang yang luas serta keupayaan enjin 1.3 cc.
Jika penyewa tidak dapat sewa myvi, pasti mereka akan sewa Bezza ni.
Harga pun lebih kurang dengan Myvi juga, seperti di bawah:
Harga sewaan kereta Perodua Bezza di Kota Kinabalu ini adalah 150/hari bagi 1.3 cc.
140/hari untuk sewaan 3-4 hari
130/hari untuk sewaan 5-6 hari
110/hari untuk sewaan 7- 8 hari
770/seminggu
Minyak memang jimat guys…! Hanya 6.34 Liter untuk 100 kilometer perjalanan. ?
Dah la semua Bezza ni memang kat depan ada lampu LED dan sedan yang mempunyai AEB!
Sewa Saga VVT Kota Kinabalu
Kereta sewa jenis Proton Saga VVT ni juga adalah antara kereta ‘famous’ untuk disewakan.
Lebih kurang sama juga dengan kereta Bezza,
Saga ini juga memilik ruang luggage yang luas.
Sesuai untuk disewa oleh keluarga kecil.
Jom ktia tengok harga kereta ni…
Harga sewaan kereta Proton Saga VVT di Kota Kinabalu ini adalah 150/hari bagi 1.3 cc.
140/hari untuk sewaan 3-4 hari
130/hari untuk sewaan 5-6 hari
110/hari untuk sewaan 7- 8 hari
770/seminggu
Sebelum korang nak sewa Proton Saga ni,
Adalah lebih baik korang tanya dan minta gambar untuk kepastian dari pihak syarikat kereta sewa.
Ini kerana Proton Saga ni banyak variasi seperti Saga BLM dan Saga FLX.
Saga yang terbaru adalah Saga VVT.
Jika di Kota Kinabalu, Saga FLX masih lagi aktiff disewakan pada harga yang lebih murah sedikit berbanding Saga VVT.
So, pastikan korang sewa kereta yang baru ya?
Supaya perjalanan korang bercuti atau urusan kerja sentiasa lancar dan tidak ada masalah… 🙂
Sewa Alza Kota Kinabalu
Perodua Alza dengan keupayaan enjin 1.5 cc ni termasuk dalam kategori MPV.
MPV Alza ini mempunyai 7 tempat duduk dan sedikit ruang untuk beg kecil sahaja.
Bagi kami,
adalah tidak sesuai dan tidak selesa jika korang ada 6-7 dewasa serta anak kecil dan luggage dan ingin menyewa Alza ni.
Kalat kat Malaysia ni, jika dalam kategori MPV,
Alza adalah MPV yang paling kecil sekali jika dibandingkan dengan jenama kereta yang lain.
Jom kita tengok harga sewaan Alza ni…
Harga sewaan kereta Perodua Alza di Kota Kinabalu ini adalah 200/hari.
190/hari untuk sewaan 3-4 hari
180/hari untuk sewaan 5-6 hari
170/hari untuk sewaan 7- 8 hari
1190/seminggu
Jika korang nak tahu,
keupayaan enjin Alza ni sama juga dengan Toyota Avanza iaitu 1.5cc.
Cuma Avanza lebih panjang sedikit dan luas untuk korang simpan barang di belakang kereta.
Teringin nak bercuti bersama Family tercinta di Kota Kinabalu?
Cer tengok pakej ni:
“Pakej Percutian Keluarga”
Sewa Exora Kota Kinabalu
Wowwwww…!
Jangan tak caya…
MPV ni adalah MPV yang paling laku keras disewa di Kota Kinabalu. ?
Exora 1.6cc dengan Turbo & 7 seater guys…!
Exora ni memang luas dan panjang , sesuai untuk korang yang yang bercuti 5-6 dewasa dengan luggage!
Dengan keupayaan enjin 1.6 cc berserta Turbo,
Memang sesuai sangat la nak naik kawasan yang berbukit, lancar je…!
Harga sewaan kereta Proton Exora di Kota Kinabalu ini adalah 220/hari.
210/hari untuk sewaan 3-4 hari
200/hari untuk sewaan 5-6 hari
180/hari untuk sewaan 7- 8 hari
1260/seminggu
Kereta ni memang cepat habis ditempah jika masuk musim cuti sekolah.
Ada juga yang akan buat tempahan kereta ni seawal 3 bulan sebelum tarikh bercuti.
Diorang memang dah tahu, kereta sewa MPV jenis exora ni memang susah nak dapat jika lewat buat tempahan.
Sewa Avanza Kota Kinabalu
Toyota Avanza 1.5 cc ni juga menjadi kegemaran pelancong berkeluarga untuk disewa pada musim cuti sekolah.
Fizikal MPV yang tinggi sedikit berbanding MPV keluaran Malaysia ini
sesuai untuk jalanraya di Sabah yang berlubang dan selalu banjir! ???
Sama juga seperti MPV yang lain, Avanza ini juga mempunyai 7 tempat duduk penumpang termasuk pemandu.
Jom kita tengok harga sewaan kereta Avanza ni.
Harga sewaan kereta Toyota Avanza di Kota Kinabalu ini adalah 220/hari.
210/hari untuk sewaan 3-4 hari
200/hari untuk sewaan 5-6 hari
180/hari untuk sewaan 7- 8 hari
1260/seminggu
Walauppun Avanza ini lebih tinggi saiz badannya dari MPV buatan malaysia yang lain,
Avanza masih dalam kategori MPV.
Sewa Innova Kota Kinabalu
Innova keluaran Toyota ini berkeupayaan enjin 2.0 cc.
Dalam kategori MPV dan 7 tempat duduk termasuk pemandu,
saiz kereta ini lebih besar dan selesa! ?
Dengan saiz enjin yang besar,
memang sangat sesuai untuk mendaki bukit Kundasang mahupun jalanraya yang mendatar.
Secara peribadi,
kami lebih sukakan MPV Innova ini jika korang inginkan perjalanan jauh yang selesa dari
Kota Kinabalu seperti ke Kundasang, Kudat, Kota Belud, Sipitang, Beaufort, Keningau, Tenom
dan daerah di luar dari Bandaraya Kota Kinabalu.
Ruang yang besar dan luas, ?
memang sangat selesa untuk korang yang bercuti bersama keluarga di Sabah.
Jom kita tengok harga sewaan bagi Innova ini…
Harga sewaan kereta Toyota Innova di Kota Kinabalu ini adalah 300/hari.
280/hari untuk sewaan 3-4 hari
270/hari untuk sewaan 5-6 hari
260/hari untuk sewaan 7- 8 hari
1820/seminggu
Sewa Van Kota Kinabalu
Van yang paling ‘HOT’
dan paling jadi rebutan untuk di sewa di Kota Kinabalu bagi tahun 2022 ni adalah
Toyota Hiace Highroof dan Nissan Urvan NV350 Highroof. ?
Toyota Hiace ni ada yang 10 dan 11 seater termasuk pemandu.
Manakala Nissan Urvan NV 350 ni pula 14 seater.
Jap,
Perlukan Van dengan Driver di Kota Kinabalu? 🙂
Baca post ni… >>> Van dengan Pemandu di Kota Kinabalu, Sabah<<<
Ada juga van keluaran Foton,
tapi jarang-jarang owner van yang mempunyai jenama ini disebabkan spare part lebih susah didapati
berbanding dua jenama yang saya sebutkan di atas tu. ?
Jom kita tengok harga sewaan bagi van tersebut.
Harga sewaan van di Kota Kinabalu ini adalah 350/hari.
330/hari untuk sewaan 3-4 hari
310/hari untuk sewaan 5-6 hari
300/hari untuk sewaan 7- 8 hari
2100/seminggu
Ingin maklumat lanjut mengenai van sewa di Kota Kinabalu, Jom tengok post di bawah:
“Van Sewa Kota Kinabalu”
Sewa Aruz Kota Kinabalu
Keluaran terbaru dari Perodua ni adalah dari jenis SUV, bukannya MPV ya.
Aruz ni ada 7 tempat duduk juga termasuk driver dan jika dibandingkan dengan MPV yang lain,
Aruz ni memang sedikit tinggi,
rim pun besar. ?
Sesuai juga untuk perjalanan yang jauh dan berbukit seperti Kundasang.
Harga pun lebih kurang juga dengan kereta MPV yang lain.
Jom kita tengok harga sewaan bagi Aruz ni.
Harga sewa kereta Perodua Aruz di Kota Kinabalu ini adalah 220/hari.
210/hari untuk sewaan 3-4 hari
200/hari untuk sewaan 5-6 hari
180/hari untuk sewaan 7- 8 hari
1260/seminggu
Korang nak cari servis kereta sewa di Airport Kota Kinabalu?
Jom tengok post ni:
Kereta Sewa Airport KKIA: FREE Pick Up & Return
Bagi korang yang masih tercari-cari servis sewa kereta di Kota Kinabalu,
Kami di Suza Holidays nak bagi pandangan ikhlas. ???
Jangan kerana nak save duit,
korang sewa kereta dari orang perseorangan atau yang tidak ada lesen.
Memang harga mereka akan lebih murah dan sentiasa ‘buang harga’ dari harga syarikat kereta sewa yang berlesen,
tapi,
Bagaimana jika ada sebarang masalah sepanjang sewaan kereta korang?
Adakah mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya?
atau,
Adakah kereta-kereta yang mereka sewakan diselenggara sepenuhnya sebelum disewakan kepada pelanggan?
Jangan kerana nak jimat duit, nyawa keluarga korang jadi taruhan…. ???
Ikhlas,
Rafail,
Suza Holidays Sdn Bhd
“Ease Your Journey”